Paus hidup di lautan tetapi tidak tergolong dalam keluarga
ikan. Paus adalah
mamalia dalam kelompok
cetacea. Sebagaimana
haiwan mamalia yang lain, paus mempunyai ciri-ciri berikut:Paus purba berevolusi pada pertengahan tempoh
Eosen, kira-kira 50 juta tahun dahulu. Salah satu paus terawal yang telah pupus adalah
Basilosaurus yang mempunyai kepala kecil bermuncung menonjol dan bergigi.
Basilosaurus sepanjang 25
meter panjang.Tinggalan
fosil menunjukkan paus berasal daripada haiwan daratan berkuku, kemungkinannya dari haiwan seperti
Mesonychid (haiwan seperti serigala yang tinggal dipersisiran pantai) yang beransur-ansur kembali tinggal di laut kira-kira 50 juta tahun dahulu. Satu lagi kemungkinan haiwan lain yang berubah menjadi paus, adalah
Ambulocetus, mamalia bersaiz
anjing laut, sepanjang 3
meter seberat 650
paun.Pada masa kini, terdapat dua jenis paus iaitu paus
Odontoceti paus bergigi, dan paus
Baleen, Mysticeti. Paus Odontoceti yang bergigi merupakan pemangsa yang memakan
ikan,
sotong, dan
mamalia marin (laut), mempunyai satu lubang pancut pernafasan. Paus
baleen pula bersaiz lebih besar daripada paus bergigi dan mempunyai struktur yang dikenali sebagai
baleen yang berbentuk sikat, untuk menyaring plankton daripada
air, dan mempunyai dua lubang pancut pernafasan.